Peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perpisahan pelakon,pelawak serta juruhebah radio terkenal Salih Yaacob dengan isteri yang kedua baru-baru ini.
Setelah tersebarnya berita majlis reunion meupakan penyebab penceraian ini, Raha, bekas isteri Salih Yaacob tampil menjernihkan keadaan.
Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya.
Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu. Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas.Raha juga menjelaskan sepanjang beliau menjadi isteri kepada Salih Yaacob, beliau tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan suaminya sekarang, jadi tidak ada isu orang ketiga.
Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.Cuma yang menjadi tanda tanya adalah betulkah Raha berkahwin selepas sah bercerai? Selepas cerai atau selepas tamat tempoh edah?
Apa pun, kami harap isu ini tidak berpanjangan. Biar apa pun yang terjadi, Raha juga telah selamat menjadi isteri orang dan abang Salih sudah ada satu lagi tempat kosong kan?
0 Response to ""Selepas luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan" - Bekas Isteri Salih Yaakob Kongsi Cerita Sebenar (3 Foto)"
Post a Comment