"Aku Ingatkan Kau Takda Orang Nak" - Shahrol Shiro Kongsi 9 Perangai Sebenar Adiknya Untuk Bakal Suami (3 Foto)

"Aku Ingatkan Kau Takda Orang Nak" - Shahrol Shiro Kongsi 9 Perangai Sebenar Adiknya Untuk Bakal Suami (3 Foto)

Dalam kemeriahan artis kita mendirikan rumahtangga, pelawak Shahrol Shiro bakal mengikuti jejak langkah yang sama pada bulan Mac ini kelak.


Semalam turut menyaksikan majlis pertunangan adik perempuan Shahrol iaitu Faziana. Nampak gayanya adik yang akan bersanding dulu ni. Hehehe.

Tapi apa yang membuat kami tertarik dengan update daripada Shahrol adalah, Shahrol memberikan 9 perangai sebenar adiknya kepada bakal suami.


Aku ingatkan kau tak ada orang nak @faziana_azmi ..Takpe la..Selamat Bertunang wahai adikku..Kepada tunang beliau terimalah dia seadanya..Disini aku bagitau perangai beliau :- 
1)Malas nak ke dapur 
2)Bangun pagi muka macam mak lampir 
3)Mandi paling sekejap pun 2jam 1/2 
4)Waktu bersolek 5jam 45minit 
5)Kuat membebel pada kelajuan 219km/j 
6)Suka korek hidung sambil menyanyi 
7)Pernah gigit leher biawak 
8)Jelingan yg mampu menakutkan sugar glider 
9)Pernah buat kek pavlova rasa macam karipap sardin 
Terimalah beliau seadanya..Tak caya tanya @ajakshiro ngan @afifahamin ..Kami bukan nak bergambar pun sebenarnya tapi takut jelingan tu😂 "Selamat Bertunang @faziana_azmi " ..Gerak luuuu..Paper Rogerrrr!!!
Adoila, macam ni punya abang pun ada kan? Buat-buat bersabarlah Faziana. Cuma yang buat kami tersengih adalah sebab yang ke-7. Takkan pernah gigit leher biawak? Heheheh

Apa pun kami doakan semoga urusan adik Shahrol akan dipermudahkan dan segala apa yang dirancang untuk hari besar nanti menjadi kenyataan.


0 Response to ""Aku Ingatkan Kau Takda Orang Nak" - Shahrol Shiro Kongsi 9 Perangai Sebenar Adiknya Untuk Bakal Suami (3 Foto)"

Post a Comment